Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

zulu99Avatar border
TS
zulu99
KD Sri Indera Sakti Beroperasi Kembal
Majlis Penyerahan KD Sri Indera Sakti di Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
Lumut Majlis Penyerahan KD SRI INDERA SAKTI oleh Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. kepada Markas Kejuruteraan TLDM telah disempurnakan oleh Panglima Bantuan YBhg. Laksamana Madya Dato’ Mohamad Roslan bin Mohd Ramli diiringi Panglima Kejuruteraan TLDM YBhg. Laksamana Pertama Dato’ Wan Othman bin Wan Abdul Rahman dan Panglima Material TLDM YBhg. Dato’ Muhd Sakaff bin A. Manaf. Majlis tersebut juga melibatkan Pengarah Operasi Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. YBhg. Datuk Ir. Yahya bin Hashim.
KD SRI INDERA SAKTI telah selesai menjalani rutin pasang pulih di Limbungan Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. dalam tempoh lebih kurang 17 bulan iaitu bermula pada 17 Jun 2013 dan selesai pada 30 Mei 2014. Majlis tersebut dimulakan dengan taklimat penyerahan oleh Pegawai Memerintah KD SRI INDERA SAKTI Kdr Mohd Faizal bin Hamzah TLDM dan diteruskan dengan lawatan kapal. Pegawai Memerintah dan Pegawai Jurutera Marin KD SRI INDERA SAKTI merangkap Ketua Pengawas Pembaikan telah mengiringi Panglima Bantuan semasa lawatan dilaksanakan. Setelah lawatan selesai dilaksanakan, majlis diteruskan dengan upacara penyerahan KD SRI INDERA SAKTI dan sesi menandatangani buku pelawat kapal. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan bersama warga kapal. Pada keseluruhannya, Panglima Bantuan amat berpuas hati dengan persediaan Majlis Penyerahan KD SRI INDERA SAKTI.
www.defense-studies.blogspot.com

Ini kembaran yang dulu kebakar itu ya?
Diubah oleh zulu99 07-06-2014 15:45
0
5.1K
10
Thread Digembok
Urutan
Terbaru
Terlama
Thread Digembok
Komunitas Pilihan