Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

sidiq165Avatar border
TS
sidiq165
Sekedar Mengingatkan
ASSALAMU'ALAIKUM



Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya (berbuat baik) serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah.”(Riwayat At-Tirmidzi)


7 Nasihat Kubur sebagai peringatan untuk kita semua:



1). Aku adalah tempat yang paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD.



2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan mengeratkan SILATURAHIM.



3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka meriahkanlah aku dengan memperbanyakkan bacaan AL-QUR’AN.



4). Aku adalah tempatnya dimana ada binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan amal SEDEKAH



5). Aku yang menyempit kamu hingga hancur bilamana kamu tidak solat, maka bebaskan kesempitan itu dengan SOLAT



6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, maka bebaskan rendaman itu dengan PUASA..



7). Aku adalah tempat dimana Munkar dan Nakir akan bertanya, maka persiapkanlah jawapanmu dengan memperbanyakkan mengucap Kalimah “LAILAHAILALLAH”..



Walaupun kita disarankan supaya sentiasa mengingati mati, tapi tak bermakna kita boleh meminta untuk mati. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ” Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)



Dan ingatlah. Kematian itu bukanlah sesuatu penamat. Tapi ianya adalah permulaan sebuah kehidupan yang kekal abadi. Iaitu di akhirat kelak. Dunia yang kita hidup sekarang ini hanyalah persinggahan semata-mata.



Semoga bermanfaat!
0
738
6
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Urutan
Terbaru
Terlama
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Komunitas Pilihan