Pengaturan

Gambar

Lainnya

Tentang KASKUS

Pusat Bantuan

Hubungi Kami

KASKUS Plus

© 2024 KASKUS, PT Darta Media Indonesia. All rights reserved

cendolpaitAvatar border
TS
cendolpait
penyokong-MAlaysia-di-gbk-disambut-hujan-batu-oleh-indonesia

mantabz Malaysia

mantabz

mantab mereka


Kira-kira 400 orang penyokong Malaysia yang menyambut cabaran untuk ke Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta disambut dengan balingan batu oleh penyokong pasukan tuan rumah.

Kejadian dikatakan berlaku di pintu masuk ketika penyokong Malaysia tiba di stadium tersebut, dan sedang menuju masuk ke dalam stadium.

Sebelum ini Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah memberi jaminan keselamatan kepada pasukan dan penyokong Malaysia yang akan bertandang ke Jakarta untuk aksi pembukaan Kumpulan G, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada 5 September ini.

Malah dalam pertemuan kedua dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Jakarta pada 27 Ogos lalu, tuan rumah berkata, ribuan anggota keselamatan akan dikerah mengawal Stadium Utama Bung Karno sepanjang perlawanan berlangsung.

Melalui perkongsian di Twitter oleh salah salah seorang penyokong yang ke GBK, telah menggambarkan keadaan sedikit huru hara apabila ketibaan mereka disambut oleh balingan batu.

Untuk pengesahan lanjut, kami turut menghubungi Coach Shazwan Wong yang turut serta dalam rombongan tersebut melalui aplikasi Whas App, dan beliau turut mengesahkan kejadian balingan batu itu telah terjadi.

Memang benar-benar mantabz Malaysia

PSSI, Polis Indonesia Beri Jaminan Keselamatan Buat Penyokong Harimau Malaya Ke Jakarta

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan siri mesyuarat dan perbincangan dengan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bagi memastikan keselamatan para pemain dan penyokong Harimau Malaya terjamin bagi perlawanan sulung Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Indonesia lwn Malaysia di Stadium Utama GBK


Petang tadi, mesyuarat kedua di antara FAM dan PSSI telah diadakan di Pejabat PSSI di Jakarta yang mana delegasi FAM dibarisi oleh Penolong Setiausaha Agung FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdurahman; Ketua Unit Keselamatan FAM, Muhammad Ashtar Rahim serta turut melibatkan Pegawai Kanan PDRM Bukit Aman iaitu Timbalan Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), ACP Kamarulzaman Maarof dan Pegawai Keselamatan Pasukan Kebangsaan, ASP Mohd Hasbullah Saidin.

Mesyuarat bersama Ketua Unit Keselamatan PSSI, Nugroho Setiawan itu membincangkan pelan keselamatan yang komprehensif bagi penyokong Malaysia yang akan hadir ke Jakarta bagi menyaksikan perlawanan tersebut.

Selepas mesyuarat berkenaan, satu perjumpaan bersama pihak Kepolisian Daerah Metropolitan Jakarta Raya (Polda Metro Jaya) yang diwakili oleh Komisiaris Besar Polisi Albert Teddy Benhard Sianipar, Komander Operasi Polda Metro Jaya telah diadakan di Ibu Pejabat Polda Metro Jaya.

Perjumpaan itu adalah bertujuan untuk merangka kerjasama yang erat bersama pihak Polda Metro Jaya serta memperincikan perihal aspek keselamatan penyokong Malaysia sepanjang mereka berada di Jakarta nanti.

Pihak Polda Metro Jaya dan PSSI akan melaksanakan kawalan keselamatan yang ketat dan teratur bagi perlawanan tersebut bagi memastikan keselamatan penyokong Malaysia pada sebelum, semasa dan selepas perlawanan adalah terjamin.

Ia merupakan kunjungan kali kedua delegasi FAM ke Jakarta selepas kunjungan kali pertama pada minggu lalu iaitu pada 20 Ogos 2019 menyaksikan satu mesyuarat telah diadakan dengan Setiausaha Agung PSSI, Ratu Tisha Destria bersama-sama para pegawai dari PSSI.

Pada mesyuarat minggu lalu itu, Ratu Tisha telah memberi jaminan bahawa pihaknya akan memenuhi beberapa permintaan daripada FAM terutama berhubung soal keselamatan pemain dan penyokong Malaysia bagi memastikan perlawanan berlangsung dengan lancar.

Dengan inisiatif dan kerjasama baik daripada PSSI dan pihak berkuasa Indonesia dalam hal berkaitan keselamatan ini, FAM ingin mengucapkan terima kasih dan berharap segalanya berjalan lancar menjelang hari perlawanan itu nanti.

#FAM #HarimauMalaya

Sumbernya https://semuanyabola.com/penyokong-m...leh-indonesia/
0
1.8K
26
GuestAvatar border
Guest
Tulis komentar menarik atau mention replykgpt untuk ngobrol seru
Tampilkan semua post
drs.obamaAvatar border
drs.obama
#9
Mungkin mereka mau ngebaling si sham blue taksi, ncik...

emoticon-Matabelo
cendolpait
cendolpait memberi reputasi
1
Tutup